[close]
Holaaaa! :)
Sakit
Saturday, 13 September 2014 0


Sakit,
 Bukan kita yang sengaja meminta untuk sakit,
 Bukan kita yang sengaja mahu menerima kecelakaan,
 Tapi masa kecil-kecil dulu aku mahu sakit untuk tidak pergi sekolah, 
Tapi selepas itu aku dibelasah disepak oleh ayah kerana menangis di pagi sekolah,
Barulah aku mendapat sakit yang masih panas tamparannya. 



 Sakit, 
Tak kiralah sakit apa,
 Asalkan yang namanya sakit,
 Asalkan ianya membuatkan kita rasa ngilu semasa tidur,
 Bukan mudah untuk kita menahan sakit, 
Asyik bergantung dengan ubat pain killer ah kau nak jadi apa,
 Sakit kau sangat memberuntungkan kau, 
Sakit kau tak sebesar mana, 
Sakit kau tak sesakit ibu kau yang melahirkan kau, 
Habis koyak sana sini itu ini, 
Itu sebenarnya, 
Namanya sakit,
 Apa mahu malu?



Sakit, 
Kau tercipta untukku kerana khilafnya aku,
 Aku yang masa itu berbuat dosa di hadapan teknologi,
 Aku yang masa itu tak dengar nasihat orang tua betaku, 
Aku yang masih itu tak terdetik untuk sujud dihadapan Tuhan,
 Kini baru kau tahu, 
Kini baru kau mengerti,
 Sakitmu diutus Tuhan untuk singkirkan dosamu yang menggunung, 
Tapi apa yang penting, 
Sakit mu taklah sebesar mana, 
Selagi yang lelaki belum beranak, 
Selagi yang perempuan dan lelaki belum lagi berhadapan dengan sakaratul maut,
 Taklah sebesar mana sakitmu, 
Aduhai sakit.


Terima kasih




Older Post . Newer Post